18 July 2019

'PUTUS' DENGAN REDZA ROSLI, OKTOVIA TERPALIT - INI PERJELASAN AYDA JEBAT


"Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan. Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istillah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya.





"Malah sebelum ini pun, kami memang profesional juga, cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama. Sejujurnya juga, ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka, bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sana juga. Pada masa sama, kami juga sudah bersetuju untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan.

"Rasanya itu adalah yang terbaik. Saya juga sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan namanya. Bagi saya tak perlu nak kaitkan perkara ini dengan orang lain," demikian kata penyanyi Ayda Jebat yang tampil menjelaskan situasi sebenar yang mengaitkan namanya dengan pelakon Redza Rosli yang didakwa kebanyakan pihak bahawa hubungan mereka sudah berakhir.

Kata Ayda, dia berpendirian yang baik-baik sahaja andai ada pihak yang memberikan sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah pun berakhir. Penyanyi lagu 'Temberang' ini tidak mahu memberi komen panjang dan mengakui dia perlu menjaga hati banyak pihak. Dalam pada itu, dia terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain, Oktovia Manrose. Bagaimanapun, Ayda bersikap matang dan punyai jawapan tersendiri.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ayda Jebat & Oktovia Manrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: