30 July 2019

BERANGKAT 5 OGOS INI - ERRA HARAP URUSAN TUNAI HAJI DIPERMUDAHKAN


"Saya hanya tawakal dan berserah kepada Allah, selain sentiasa berdoa semoga dipermudahkan setiap langkah di sana serta perjalanan saya diberkati. Saya berharap dapat menyempurnakan ibadat ini dengan lancar, sekali gus pulang dengan mendapat haji yang mabrur.





"Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan apabila dijemput Allah menjadi tetamu-Nya. Sudah tentu saya berharap pemergian ke sana akan menjadikan diri lebih baik, berbanding sebelum ini," kata pelakon Erra Fazira yang mengakui perasaannya bercampur-baur apabila bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Dalam keterujaan menjadi tetamu Allah, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 45, yang akan berangkat ke Makkah pada 5 Ogos ini mengakui, turut diselubungi perasaan gementar. Erra yang juga penyanyi dan pengacara itu berkata, niat untuk mengerjakan haji sudah tersimpan sejak lima tahun lalu.

Sepanjang 25 tahun memilih laluan seni, Erra berkata, tidak mudah untuk menetapkan hati, apatah lagi setiap gerak-gerinya menjadi perhatian dan dinilai umum: "Sebagai manusia biasa, saya turut merasai perit dan sakitnya menjadi anak seni, namun saya perlu kuatkan juga hati kerana ini jalan hidup yang dipilih.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, pengalaman membuatkan saya matang kerana diri sudah dilatih untuk menerima apa sahaja dugaan yang datang. Saya bersyukur dikelilingi mereka yang positif dan sentiasa teguh di belakang setiap kali saya berdepan cabaran dalam hidup. Mereka banyak membantu saya supaya tidak memilih jalan salah.

"Saya percaya, Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. Allah melatih saya bukan sia-sia kerana mungkin ia sebagai persediaan jika saya terpaksa berdepan dugaan yang lebih berat. Jika ujian kecil sudah tidak sanggup dilalui, bagaimana nanti jika diuji dengan perkara yang lebih besar? Bohonglah jika saya tidak tertekan melalui semua ujian ini.

"Tetapi, saya selalu ingatkan diri, saya perlu matang mengawal situasi kerana itu yang membentuk diri menjadi manusia yang lebih kuat," kata ibu runggal kepada seorang cahata mata, Engku Aleesya itu yang bakal muncul dengan filem terbaru, 'Wangi' pada September ini.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Erra Fazira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: