30 July 2019

ZARINA TERHARU ANAK ISTIMEWANYA, AZAL BERSUNGGUH SOLAT


"Azal nak solat dia guna kain saya kain pelikatnya dah basah seluar panjang dah kotor.. Dia buat juga walau pun dalam keadaan dia macam tu.. walau tak berapa betul solatnya.. mudah2 han Allah terima amalanya kerana dia ikhlas mengadap yang Satu ❤ #azalazil #azalohazal #autism #autismawareness," demikian kata pelakon Zarina Zainuddin.





Zarina telah berkongsi video di laman Instagram dimana salah satu anak kembarnya, Muhammad Raizal Azrai, 23, atau Azal yang menghidap autisme yang berusaha untuk mendirikan solat walaupun dalam keadaan yang kurang sempurna.

Menurut Zarina yang berasa terharu, Azal tetap mahu menunaikan solat walaupun dia terpaksa menggunakan kain sembahyang ibunya. Sebagai ibu, Zarina berbangga dan berharap agar amal ibadah anaknya yang merupakan kembar autisme itu diterima Allah.

Klik untuk gambar besar


Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kesungguhan Azal menunaikan solat. Malah tidak kurang juga ada yang turut mendoakan agar urusan Zarina dan anaknya dipermudahkan. Zarina mempunyai seorang lagi anak kembar autisme, Muhammad Razil Azrai, 23.

Walaupun tidak sempurna namun masih mahu menunaikan solat yang merupakan rukun Islam yang kedua. Kita yang normal ni patutnya berasa malu kerana ada segelintir diantara kita tidak atau jarang menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.





www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak & Instagram Zarina Zainuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: