28 July 2019

BERBALAS BINGKISAN - AINUL MARDHIAH & KELUARGA PERJALANAN PULANG KE MALAYSIA


Sebelum adik Ainul Mardhiah dan keluarganya berangkat pulang ke Malaysia yang terdahulu terpaksa ditangguhkan berikutan masalah jangkitan, Dr. Nur Amalina Che Bakri telah buat bingkisan akhir buat insan kerdil yang dirawatnya sejak sebulan lalu. Melayangkan kata-kata tersebut di laman Instagram, Dr. Amalina turut mengutuskan doa dan harapan agar Ainul membesar sempurna seperti kanak-kanak lain.





"Selamat pulang ke Malaysia, sila datang semula ke London. Saya akan merinduimu Ainul. Ia perjalanan penuh emosi, ada naik dan turut tetapi Ainul dan kedua-dua ibu bapanya tetap kuat, mereka tak pernah berputus asa. Alhamdulillah, Ainul menunjukkan perkembangan memberangsangkan dan saya tak sabar melihat Ainul berlari-lari di taman permainan seperti kanak-kanak lain," kata Dr. Amalina.

Ucapan Amalina turut disambut keluarga Ainul yang menghadiahkan Amalina sebatang pen dan sekeping kad ucapan: "Terima kasih untuk segala pengorbanan, masa, tenaga dan wang ringgit dalam urusan rawatan Ainul Mardhiah di London.



"Kami sangat menghargai setiap usaha dan jasa baik yang telah diberikan kepada kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa merahmati Dr. Amalina dan memberikan ganjaran syurgaNya di akhirat kelak. Terima kasih," balas kedua-dua ibu bapa Ainul, Nurul Erwani dan Ahmad Safiuddin.

Sementara itu, menerusi kemaskini akaun Instagram Erwani dan Safiuddin, mereka kini difahamkan dalam perjalanan pulang ke Malaysia: "Allah, permudahkanlah perjalanan kami sampai ke Malaysia. Berikan kami sekeluarga kekuatan untuk menghadapi segalanya.

"Bye London. We will miss this adorable moments," tulis Erwani yang sebelum ini keluarganya diterbangkan ke London untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut Ainul seberat 200gram di sebuah Hospital Kanak-kanak di London sejak sebulan lalu dan kisah penuh inspirasi ini menjadi perhatian ramai.

Ainul yang bertarung nyawa selama lima jam di sebuah Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu itu terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah. Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1juta itu, berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr. Amalina.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: