27 July 2019

DATUK VIDA: "TERGURIS BILA AISHAH KATA TAK HADAP BARANG KEMAS 80 SEN"


"Terima kasih kerana kebaikan itu (memulangkan barang kemas dimenangi dalam kotak handmade). Tapi hati saya terguris bila dia kata tak hadap barang kemas 80 sen. Begitu mudah dia samakan nilai 80,000 tu macam 80 sen. Padahal Cik B yang tolong bayar guna duit jualan Salmon Salted Egg dia.





"Cik B buat kejutan untuk saya sebab Cik B memahami saya... tahu perjuangan dan kesedihan saya mengenai isu ini. Sebelum ini saya penuhi permintaan dia sebab berpegang pada nawaitu asal tapi sekarang keikhlasan saya tu mungkin dah ke laut. Saya amat terkilan," demikian kata usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV).

Nampaknya episod drama antara Datuk Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman dan penyanyi Aishah masih belum berkesudahan. Terbaharu, Datuk Vida meluahkan rasa terkilan dengan tindakan bekas juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu yang memperlekehkan nilai barang kemas RM80,000 yang dipilihnya sebagai ganti rugi kepada penyanyi itu.

Malah Datuk Vida turut menyangkal dakwaan drama anaknya hampir tertelan berlian bernilai RM40,000 sebagai perbuatan biadap: "Ingatkan dia berterima kasih tapi perkara jadi makin teruk. Dia kata mak ayah dia tak ajar jadi kurang ajar.

Klik untuk gambar besar


"Saya pun tak ajar anak saya jadi kurang ajar tapi Kacak (tertelan) tak sengaja buat macam tu. Saya ingat dia main-main rupanya nak makan nak telah batu berlian tu. Entahlah first time Kacak jadi berani macam tu... geram ke apa Kacak tu," jelas usahawan kelahiran Macahang, Kelantan itu.

Malah Datuk Vida juga meminta penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu berhenti melakukan drama sindir menyindir mengenai hadiah yang telah diberikan di media sosial: Sepatutnya dia pilih barang kemas perhiasan seperti cincin berlian atau rantai berlian bukannya batu berlian. Saya bagi kebebasan pilihlah. Kalau kita orang dah bagi pilih kita pilihlah barang yang nak pakai.

"Berlian yang dah ready untuk pakai penuh satu kedai tapi batu (berlian) juga yang dipilih. tapi tak apalah sebab saya bagi dia pilihan, saya layankan saja. Itu pun masih kata saya kalah walaupun sebenarnya saya sendiri yang berbesar hati nak penuhi permintaan dia. Malah dok sindir... tak puas hati lagi," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: