27 July 2019

BINA BANGLO & 3 CHALET BUAT IBU BAPA - ANAK BLACK MASUK HOSPITAL


Membina banglo dan tiga chalet iaitu D' Sawah Chalet mencecah RM200,000 buat kedua ibu bapanya di Kupang, Baling, Kedah, penyanyi popular, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 32, berkata, kediaman itu dibina atas tanah milik bapanya selepas mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa hidup di kampung.





"Pada awalnya, kedua ibu bapa menetap di rumah yang saya belikan untuk mereka di Cheras. Selepas lebih lapan tahun tinggal di situ, mereka ambil keputusan nak 'settle down' di kampung pula. Kebetulan ayah ada tanah di sana, jadi saya bina rumah untuk mereka. Proses pembinaan bermula beberapa bulan lalu dan siap sepenuhnya pada hujung Ramadan baru-baru ini. Alhamdulillah, sekarang mereka sudah duduk di situ," katanya.

Sebelum itu katanya, dia juga membina tiga chalet yang berhadapan dengan sawah padi: "Ia akan menjadi sumber pendapatan mak dan ayah di kampung. Pembinaan chalet ini sejak dua tahun lalu. Walaupun terdapat beberapa bahagian lagi yang belum siap, tapi sudah mula beroperasi".

Klik untuk gambar besar


Black berkata, dari awal pembabitan dalam bidang seni lagi dia seboleh-bolehnya ingin membahagiakan kedua ibu bapa dan menganggap rezeki yang diperoleh selama ini adalah berkat daripada doa mereka: "Alhamdulillah, saya bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang diperoleh. Bagi saya, tak ada ruginya jika kita berbakti kepada kedua ibu bapa. Insya-Allah, akan ada saja rezeki lain untuk kita.

"Dalam masa sama, saya nak berterima kasih kepada isteri yang banyak membantu melancarkan lagi kerjaya seni saya. Keluarga kecil yang ada ini juga rezeki buat saya," tutur Black yang baru muncul dengan single 'Leraikan' hasil ciptaan sepenuhnya Nyawablack dan ia dipilih menjadi lagu tema drama 'Kerana Dia Manusia Biasa' yang ditayangkan di TV3.

Sementara itu, Black menerusi laman Instagram memaklumkan anak sulung telah dimasukkan ke hospital kerana Influenza B selain menasihati orang ramai supaya berhati-hati menjaga pergaulan anak-anak kecil: "Influenza B.. Sihat cepat ye Dayyan.. kepada anda diluar sana hati2 jaga pergaulan anak2 kecil ye.. Semoga dijauhi dari sebarang penyakit berjangkit...".




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Black Hanifah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: