17 July 2019

BILA HAZAMA KENA SAMAN POLIS THAILAND KETIKA 'HONEYMOON'


"Saya baru kena saman semasa bercuti di Thailand. Saya tidak melakukan jenayah tetapi secara tidak sengaja saya salah meletakkan kenderaan di kawasan larangan. Saya tidak tahu kerana tulisan mereka tidak difahami... Saya terpaksa ke balai polis untuk menyelesaikan saman tersebut. Saya disaman dalam 500 baht, kalau duit Malaysia dalam RM 66.54 sahaja...





"Saya tidak merasakan ini adalah isu besar kerana saya pasti terdapat rakyat Malaysia yang lain pernah mengalami sama seperti saya," demikian kata penyanyi Hazama yang mendedahkan dirinya telah disaman oleh polis Thailand semasa ber'honeymoon' bersama isterinya, Genervie Kam pada minggu lalu.

Menurut penyanyi lagu 'Relakan Jiwa' ini, ia bukanlah disebabkan kes jenayah tetapi hanya disebabkan salah meletakkan kenderaan. Tambah Hazaman atau nama penuhnya Hazama Ahmad Azmi, sebelum ini namanya disenarai hitam dan tidak dibenarkan untuk keluar ke luar negara.

"Selepas dua tahun berkahwin, saya belum sempat pergi berbulan madu... Sebelum ini nama saya disenarai hitam serta tidak dibenarkan untuk ke luar negara. Alhamdulillah, saya sudah membayar cukai, jadi saya mengambil kesempatan bercuti berdua dengan isteri tanpa sebarang gangguan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Hazama & Genervie Kam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: