17 July 2019

BETTY BANAFE DEDAH BERCERAI DENGAN BRUCE DARGUS 10 JULAI LALU


"Sebenarnya saya sudah bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru dan kami berpisah pun dengan cara baik. Kalau ikutkan saya tak nak berkongsi dan tak nak mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu.





"Saya percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan dia (bekas suami) seorang pasangan yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang," jelas pelakon Betty Banafe yang mendedahkan dia kini sudah bercerai talak satu dengan suaminya, Bruce Dargus pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 40, berkata dia reda dan menggangap ada hikmah disebalik kegagalan perkahwinan itu. Betty pada hari perceraianya ada memuatnaik status di laman sosial meluahkan rasa syukur dan percaya pada aturan yang disusun Allah.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama 'Spa Q' itu memberitahu biarpun masih bersedih dengan perpisahan itu, namun kehidupan perlu diteruskan seperti biasa. Menurut Betty, dia juga menggangap apa yang terjadi memberi peluang untuk dia berubah menjadi lebih baik dan memberi tumpuan sepenuhnya pada keluarga dan perniagaannya.

"Kehidupan tetap perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi. Tapi bagi saya, mungkin ini juga merupakan peluang untuk saya mencari keredhaan Allah. Seakarang ini fokus saya hanya pada anak-anak dan keluarga. Selain itu, saya juga sibuk menguruskan tiga perniagaan iaitu agensi pelancongan, produksi dan pusat latihan motivasi," ujarnya.



Betty memberitahu, keputusan untuk berpisah dibuat selepas lebih setahun hidup berasingan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka: "Apa yang kami putuskan (bercerai) adalah yang terbaik untuk semua pihak termasuk anak-anak. Saya dan bekas suami hanya mahu berdepan realiti bahawa kami sudah tiada persefahaman sebagai suami isteri. Memang klise tetapi itulah kebenarannya.

Tambah Betty, dia tidak mempunyai sebarang dendam terhadap bekas suami dan berharap lelaki itu bertemu kebahagiaan dengan orang yang lebih baik berbanding dirinya: "Saya tidak trauma dengan perceraian ini. Bruce bapa yang baik dan penyayang kepada anak-anak. Jadi, saya harap dia temui kebahagiaan selepas ini".

Dalam pada itu, Betty turut memberitahu hak penjagaan anak-anak masih dalam proses perbicaraan mahkamah kerana bekas suami juga menuntut hak tersebut. Untuk makluman, Betty dan Bruce Dargus mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Julia Claire Dargus, 6 tahun dan anak lelaki, Bruce Dean Dargus, 4 tahun.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Kosmo & Instagram Betty Banafe


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: