17 July 2019

TIADA MASALAH BERLAKON DENGAN RASHIDI - VANIDAH MAHU SAMBUNG BELAJAR


Menjelaskan dia tidak berdepan sebarang masalah sepanjang penggambaran sebuah filem yang turut melibatkan bekas suami, Rashidi Ishak, pelakon Vanidah Imran, 46, berkata, mereka bersikap profesional demi menjalankan tanggungjawab dan kepentingan kerjaya sebagai pelakon.





"Kami bukannya bergaduh, bukan perpisahan yang teruk dan 'bitter'. Jadi tiada masalah untuk kami bekerjasama dalam satu filem. Sebenarnya tawaran lakonan filem ini diterima selepas perceraian kami, kenapa perlu bermasam muka?

"Tak kan la mahu tolak tawaran hanya kerana tidak mahu berjumpa. Kami masing-masing ada periuk nasi yang perlu dijaga," ujar Vanidah yang turut memberitahu dia bakal menyambung kembali pelajarannya dalam peringkat sarjana muda yang sudah tertangguh dua semester.

Klik untuk gambar besar


"Pelajaran saya dalam peringkat sarjana muda seni persembahan drama sudah tertangguh dua semester, semuanya kerana memberi fokus kepada anak sulung yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. Dalam penangguhan itu sama sekali tidak membabitkan kisah keruntuhan rumah tangga dengan bekas suami tahun lalu," tambahnya,

Vanidah dan Rashidi bernikah pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika yang kini berusia 15 tahun. Namun, rumah tangga yang dibina selama 17 tahun musnah apabila mereka memutuskan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: