17 July 2019

LISA SURIHANI DEDAH KANDUNGAN PERTAMANYA KEMBAR SEBELUM SATU GUGUR


"Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri... Sewaktu saya mengandung anak yang pertama, saya sebenarnya mengandung anak kembar. Bila saya buat pemeriksaan dan kemudian saya diberitahu oleh doktor yang seorang anak sudah tiada 'heart beat'. Saya bersyukur yang saya dapat melahirkan Yahaira Leanne, tapi saya nak tahu, kenapa boleh berlaku? Sebab saya tanya, what does it mean?





"Adakah ia bermaksud yang ada prosedur yang perlu dilakukan?" demikian luah pelakon Lisa Surihani yang memberitahu cerita yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini dimana kandungan pertamanya sebenarnya anak kembar namun salah satunya telah keguguran.

Baru-baru ini, Lisa berkongsi perkara tersebut menerusi satu program yang membincangkan topik mengenai "Punca dan Tips Tangani Keguguran". Diruangan komen, ada beberap netizen turut berkongsikan pengalaman mereka berhadapan dengan keguguran. Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata Yahaira Leanne,4 dan Yusof Leonne, 2.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Mingguan Wanita


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: