Menerusi laman Instagram, pelakon Reza Hasbi telah memuatnaik video dan mendedahkan keretanya telah dibaling penghadang jalan oleh seorang pengawal keselamatan di perkarangan Hospital Sungai Buloh pada Isnin lalu. Menurut Reza, kejadian tersebut berlaku disebabkan dirinya telah meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
Bagaimanapun, Reza bertindak ingin mengubah keretanya ke lokasi lain namun telah dimarahi sehinggakan berlaku pergaduhan: "Kejadian ini berlaku malam tadi 15/7/2019. Saya harap apa yang berlaku ini boleh memberi pengajaran pada kita semua.
"Report polis sudah saya buat disebabkan selepas rakaman saya itu terhenti berlaku pergaduhan fizikal antara saya dengan dia kerna sering kali memprovakasi saya atau mencabar kesabaran saya. Rakaman yang saya buat ini selepas dia membaling penghadang jalan di belakang kereta saya," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi rakaman video yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya, kelihatan Reza keluar dari kereta untuk menyelesaikan masalah. Namun, pengawal keselamatan itu tiba-tiba marah menggunakan bahasa yang tidak difahami: "Bos, sekarang ini you marah saya ke apa?" tanya Reza. - "Saya bukan marah awak tetapi sini tidak boleh meletakkan kenderaan," jawab pengawal terbabit. "Saya tahu tapi tak boleh ke cakap elok-elok. Kita ada bahasa," balas Reza.
Reza atau nama sebenarnya Mohamad Ridzuan Hasbullah turut berkongsi foto salinan laporan polis yang telah dibuat. Pelakon filem 'Showdown' ini mendedahkan dirinya telah mengalami kecederaan hidung dan tangan kanan akibat pergaduhan dengan pengawal itu. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut akui turut sama tidak memahami bahasa yang digunakan oleh pengawal itu namun bersyukur kerana Reza terselamat.
www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak & Instagram Reza Hasbi
________________________
No comments:
Post a Comment