17 July 2019

AYDA JEBAT NAFI BELI PENONTON, MENIPU BUKAN CARANYA


Semua mengetahui mengenai lagu nyanyian Ayda Jebat, 27, yang pasti akan hit di YouTube tidak kiralah lagu apa meskipun lagunya itu jarang di mainkan di radio. Dalam tempoh enam bulan, lagu terbarunya 'Temberang' kini mencatat sebanyak 21 juta tontonan.





Timbul dakwaan pihak tertentu mendakwa dia membeli penonton di platform digital, Ayda Jebat menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Tegasnya lagi, dia tidak pernah membeli penonton mahupun pengikut: "Bukan cara saya menipu diri sendiri dengan membeli penonton untuk menaikkan jumlah tontonan muzik video lagu di YouTube.

"Saya tidak pernah beli penonton. Terus-terang, saya sendiri pun tak pasti di mana kekurangan dan kelemahan karya lagu ini. Cuma, jadual saya juga terlalu sibuk. Apapun, tidak dinafikan ada di antara lagu dinyanyikan ini tidak mesra radio tetapi jumlah tontonan muzik video di YouTube sangat tinggi," kata Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat.

Klik untuk gambar besar


Ujar Ayda lagi, itu adalah rezekinya dan bersyukur lagunya masih mendapat perhatian pendengar di platform digital: "Alhamdulillah, rezeki buat saya. Namun, saya tegaskan tidak pernah terbabit dengan aktiviti membeli penonton. Untuk beli penonton, pengikut atau 'liker', itu bukan cara saya".

Menurut Ayda, pada era digital sekarang ini tidak semestinya lagu jarang disiarkan radio tidak popular dalam kalangan pendengar: "Sama ada lagu disiar radio atau tidak, saya positif. Ini kerana, apa yang penting saya sentiasa mendapat tawaran persembahan nyanyian.

"Selain itu, jumlah peminat juga bertambah termasuk paling utama karya lagu ini diterima baik pendengar dan mesej dalam lagu juga dapat disampaikan," tuturnya yang sangat gembira apabila muzik video lagu 'Temberang' sudah mencatat sebanyak 21 juta jumlah tontonan di YouTube dalam tempoh enam bulan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ayda Jebat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: