02 July 2019

BILA RAMBUT BARU ISMAIL DIKRITIK NETIZEN, DIKATA MACAM 'SAMYANG'


Baru-baru ini, penyanyi Ismail Izzani telah memuatnaik sekeping foto rambut terbarunya di laman Instagram dan ia menerima maklum balas kurang enak daripada netizen. Dalam foto yang dikongsikan, rambut Ismail kelihatan berbeza daripada rambut-rambut terdahulu apabila dia membotakkan bahagian bawah dan atasnya dibiarkan berombak.





Hanya segelintir netizen sahaja yang gemarkan stail rambut terbaru itu namun rata-rata yang lain mengkritik penampilan penyanyi berusia 19 tahun itu. Ramai yang mempersoalkan kenapa stail itu yang dipilihnya. Tidak kurang juga yang merasakan stail itu buruk dan menyatakan gaya itu tidak boleh dibawa oleh Ismail

Meskipun ada yang menyukai perubahan terbaru Ismail ini, ada juga beberapa pendapat yang mahukan rambut Ismail seperti gaya sebelum ini, kerinting namun kemas. Foto itu sehingga kini telah mendapat 50,000 likes di Instagram: @ahmad.adly: Baikkk macam samyang. - @shamsulsamm_: Tak sume kene dengan rambut style ni. Antaranya kau lah. - @dayahshrl: Allahuu rambut tu is - @_h.aqilah: Buruklah rambut macam tu. - @anggntrchyutmi: Alaaa nak rambut lama.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: