02 July 2019

LISA SURIHANI: "SAMPAI SEKARANG PUN ADA ANASIR MEMBOLAK BALIKKAN HATI"


"Sebelum pakai mesti fikir 'patut ke', 'ada job ke'. Dan sampai sekarang pun ada sahaja anasir yang membolak balikkan hati. Bukan mudah. Saya minta diteguhkan hati. Kadang-kadang ada statement, judgement doubt macam 'lama ke pakai ni?', padahal kita tengah cuba tapi tidak mengapalah.





"Tak nak letak janji yang tinggi. Im just trying," ujar pelakon Lisa Surihani yang mengakui ada sahaja anasir yang membolak balikkan hatinya tetapi dia selalu meminta agar diteguhkan hati untuk terus istiqamah dalam memakai tudung.

Lisa yang sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas tampil lebih cantik dan manis berhijab berkata, perubahan yang dilakukan bukanlah atas desakan mana-mana pihak tetapi ikhlas dari hatinya sendiri.

Klik untuk gambar besar


Tiada manusia yang sempurna dan pasti tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu Lisa mahu berubah secara perlahan-lahan. Lisa memberitahu dia masih berusaha untuk mencari hidayah dan sentiasa berdoa dirinya akan kekal istiqamah untuk berhijab.

Dalam perubahan ke arah kebaikan, pastinya akan ada dugaan tersendiri. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Lisa, agar hati dan imannya ditetapkan untuk terus kekal menutup aurat.


www.myartis.com / Sumber & foto: Hijabista & Instagram Lisa Surihani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: