03 July 2019
AL-FATIHAH - ADIK JAMAL ABDILLAH DIJEMPUT ILAHI
"Allahyarham adik saya mendapat sakit jantung sejak beberapa bulan lalu dan dirawat di IJN sehinggalah keadaannya kritikal sebelum meninggal dunia," demikian kata penyanyi dan pelakon Datuk Jamal Abdillah yang kehilangan adiknya, Ahmad Tihami atau lebih dikenali dengan panggilan Hamka yang meninggal dunia pada pukul 7.20 malam semalam.
Menurut penghibur tersohor itu, Allahyarham Hamka menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit jantung. Pemergian Hamka, kata Jamal, merupakan berita yang amat mendukacitakan beliau sekeluarga, namun mereka reda terima ketentuan Allah.
"Saya dengan arwah Hamka sangat rapat walaupun dia tidak terbabit dalam bidang seni. Saya dan seluruh ahli keluarga masih bersedih dengan pemergiannya yang mengejutkan ini tetapi kami reda Allah lebih menyayanginya," ujar Raja Pop.
Klik untuk gambar besar
Jenazah Allahyarham Hamka, ujarnya, akan dikebumikan di Kulim, Kedah, pada hari ini. Sehubungan itu, Jamal memohon semua ahli keluarga atau kenalan adiknya agar dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan Allahyarham adiknya yang juga anak keenam daripada tujuh beradik.
"Arwah adalah anak keenam daripada tujuh beradik. Dia hanya bekerja sendiri dan meninggalkan seorang balu bersama empat anak. Arwah yang mahu dikebumikan di kampung isterinya di sana. Saya memohon semua peminat turut sama mendoakan semoga arwah adik ditempatkan dalam kalangan orang beriman," tuturnya.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Astro Awani, mStar & Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment