20 July 2019

CHOT XOXO & ISTERI SELAMAT TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI


Umpama satu anugerah buat pelawak Chot dari kumpulan XOXO dan isterinya, Siti Zafirul Azzah selepas pemergian anak pertamanya, Muhammad Sher Harraz pada 8 Oktober tahun lalu akibat komplikasi jantung, apabila anak kedua mereka selamat dilahirkan pada jam 11.45 pagi kelmarin.





Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan, 29, dan isterinya berkongsi kegembiraan tersebut menerusi laman Instagram masing-masing. Pasangan ini belum diberi nama buat anak lelaki kedua mereka dan sekadar dipanggil dengan nama timangan Baby H.

Chot ketika dihubungi berkata, bayi lelaki itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Melaka dengan berat 2.5 kilogram: "Alhamdulillah. Isteri saya, Siti Zafirul Azzah selamat melahirkan bayi lelaki secara normal dan dia serta bayi dalam keadaan sihat. Ini adalah satu nikmat dan anugerah buat saya sekeluarga".

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Chot Xoxo & Siti Zafirul Azzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: