20 July 2019
"TIDAK KENA MENGENA DENGAN SAYA" - FATIN AFEEFA PILIH BERDIAM DIRI
Mengenai dakwaan dirinya kembali menjalin hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang, pelakon Fatin Afeefa ketika ditemui berkata, dia memilih untuk berdiam diri selama ini kerana tidak berminat untuk melayan perkara yang akan menyakitkan hatinya.
"Saya tak boleh menutup mulut orang untuk bercakap buruk mengenai pasal saya. Jika rasa cara itu dapat membahagiakannya, terpulanglah. Saya rasa berdiam diri adalah langkah terbaik. Orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai saya tidak patut diberi perhatian.
"Bagi saya, apa yang disebarkan itu tiada kena mengena dengan diri saya. Jadi saya tidak akan sesekali melayan perkara yang akan menyakitkan hati. Apa yang boleh saya katakan, apa yang disebarkan langsung tidak memberi kesan kepada diri saya," katanya.
Klik untuk gambar besar
Fatin berharap diberikan ruang kerana enggan memanjangkan isu terbabit lagi kerana bimbang kenyataannya akan disalah tafsir: "Kalau saya ulas, bimbang orang akan tetap salahkan saya seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Saya mohon hormati privasi dan jangan bimbang saya baik-baik saja,".
Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Mag mendedahkan perbualan antara Fatin dengan suaminya di Twitter, Ogos lalu. Wanita terbabit mendakwa Fatin masih menganggu suaminya walaupun sudah membuat permohonan maaf. Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz, pada 21 Disember 2013 dan bercerai talak satu pada 20 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Fatin Afeefa
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment