20 July 2019

HAFIZ HAMIDUN TIADA NIAT MENUNJUK, NAFI NAK LAWAN GOSIP CINTA JOY


"Saya langsung tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya pihak di luar sana yang membuat spekulasi sendiri. Saya sudah berusia 35 tahun... Buat apa hendak berlumba-lumba mempamerkan kebahagiaan? Saya bagaimanapun tidak menyangka perkongsian yang dimuatnaik di Insta Story menjadi bualan ramai. Sama seperti orang lain, saya juga ada perasaan teruja dan bahagia apabila berkenalan dengan orang baharu.





"Perkenalan kami adalah secara jarak jauh. Ketika ini, saya dan dia masih pada peringkat mengenali hati budi," demikian kata penyanyi Hafiz Hamidun yang menyangkal tanggapan ingin berlumba-lumba dengan gosip cinta bekas isterinya iaitu Joy Revfa, apabila berkongsi mengenai perkembangan dirinya sedang mengenali hati budi seorang 'instafamous' dikatakan berstatus janda.

Menegaskan masing-masing sudah meneruskan kehidupan, Hafiz berkata, dia sekadar ingin berkongsi keterujaan di media sosial apabila berbuat demikian, bukannya ingin menunjuk-nunjuk kebahagiaan dirasakan saat ini. Mengharapkan orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan bekas isteri, penyanyi yang dikenali dengan lagu dakwah itu berkongsi, dia mula berkenalan dengan wanita berkenaan sejak beberapa bulan lalu, menerusi kenalan masing-masing.

Sebelum itu, bekas isterinya yang juga usahawan kosmetik berkongsi gambarnya bersama lelaki yang ditutup wajahnya dengan emoji cinta. Namun, warganet dengan pantas membuat tekaan, lelaki berkenaan ialah pelakon, Fahmy Reza, yang kemudian tampil membuat kenyataan tidak menolak andai jodohnya bersama usahawan terbabit. Joy pernah dua kali mendirikan rumah tangga, termasuk dengan Hafiz. Mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Hafiz Hamidun & Joy Revfa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: