20 July 2019

PDRM BETULKAN KENYATAAN - EIZLAN YUSOF TETAP MAHU PERMOHONAN MAAF


"Walaupun mereka sudah mengeluarkan kenyataan dan membuktikan bahawa apa yang saya katakan sebelum ini adalah benar, tetapi permohonan maaf daripada mereka masih belum dibuat. Jadi, saya akan tetap menunggu sehingga hujung bulan ini untuk langkah seterusnya," kata pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof yang akan terus menunggu sehingga hujung bulan ini untuk berbincang dengan peguam bagi mengambil langkah selanjutnya.





Pelakon drama bersiri 'Puteri Yang Ditukar' itu tetap dengan pendiriannya mahukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat permohonan maaf berhubung penafian kemalangan jalan raya membabitkan anak keduanya, Zareef Yusof, 9, di Sungai Besar, Selangor, 11 Julai lalu walaupun polis sudah mengeluarkan kenyataan mengenai kekeliruan dalam siasatan awal kejadian itu, kelmarin.

Eizlan berkata, pihaknya juga tidak mahu terlalu berkeras mengenai perkara itu berikutan dia baru saja memenangi anugerah 'Asian Most Promising Actor Award' di Festival Filem Art Chunsa ke-24 di Seoul, Korea Selatan, kelmarin: "Saya tidak mahu merosakkan 'mood' saya mengenai perkara ini kerana baru saja memenangi anugerah semalam (kelmarin)".

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon dalam satu kenyataan berkata, pada hari kejadian timbul kekeliruan disebabkan hasil siasatan awal diterima. Beliau berkata, kenyataan awal dibuat itu bagi menjawab pertanyaan pihak media dan siasatan ketika itu belum selesai

"Waktu itu, polis masih dalam proses mengambil keterangan daripada saksi terbabit dan saksi kemalangan. Namun, selepas siasatan lengkap polis mendapati seorang kanak-kanak bernama Zareef Idris Yusof, 9, sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam yang kemudian dikenal pasti sebagai anak pelakon terbabit," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: