20 July 2019

4 OGOS INI - NEELOFA BAKAL TUNAI HAJI KALI KE-2 BERSAMA KELUARGA


"Insya-Allah, saya bakal menunaikan haji untuk kali kedua. Saya memang merancang untuk ke sana pada tahun ini. Sebenarnya, saya tak mahu terlalu teruja kerana proses untuk mendapatkan visa masih belum dilengkapkan lagi. Apa sahaja boleh terjadi kerana prosesnya sedang berjalan tetapi saya memohon doa segenap pihak supaya semuanya berjalan lancar.





"Saya sememangnya merancang untuk berangkat ke Mekah pada 4 Ogos ini. Ibadah pada kali ini saya akan menunaikan haji bersama ibu dan dua adik lelaki. Saya teruja kerana menunaikan haji bersama keluarga dan mempunyai masa untuk membuat persiapan," kata pengacara, pelakon dan usahawan, Noor Neelofa.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, memberitahu yang dia berlepas pada 4 Ogos hadapan untuk menunaikan ibadah haji untuk kali kedua bersama keluarga dan perjalanannya untuk menunaikan ibadah haji kali ini memang dirancang.

Klik untuk gambar besar


"Saya menunaikan haji buat kali pertama pada 2016. Ketika itu, ia tidak dirancang dan saya ke sana dengan ibu bapa. Sebenarnya, tahun lepas saya berhasrat untuk ke sana juga tetapi perancangan itu tertangguh kerana keadaan kesihatan arwah datuk yang tidak mengizinkan.

"Alhamdulillah, tahun ini saya sudah merancang perjalanan saya ke Tanah Suci Makkah dan saya bakal berlepas dengan ibu dan dua adik lelaki saya. Ibadah pada kali ini merupakan sebahagian daripada perancangan saya. Saya memasang impian untuk menunaikan haji setiap tahun. Perkara yang saya nantikan adalah wukuf di Arafah dan berdoa sebanyaknya kepada Allah.

"Saya memohon doa semua pihak supaya semuanya berjalan lancar," ujar pengacara program 'MeleTop' ini yang teruja kerana melaksanakan ibadah kelima rukun Islam buat kali kedua itu bersama keluarga selain berhasrat membaiki hubungan dengan Allah.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Kosmo & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: