20 July 2019
ISU FIRMAN TUNTUT HAK: "SAYA BANGGA DIA BERANI TEGAKKAN..." - AISHAH
Tindakan penyanyi Indonesia, Firman Siagian yang ingin menegakkan hak apabila mendakwa subang berlian pemberian Datuk Seri Vida adalah palsu itu telah mendapat pujian daripada penyanyi Aishah, 54, yang berkata, jika benar dakwaan Firman itu, maka tidak salah untuk membuat tuntutan ganti rugi.
"Alhamdulillah saya bangga dia berani menegakkan hak dia. Sudah semestinya kalau apa yang Firman dapat sama barang seperti yang saya dapat, apa salahnya kalau dia menuntut hak dia," kata Aishah yang juga juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4).
Pada masa sama, Aishah tidak mahu mempersoalkan kenapa baru sekarang ada rakan lain dari pertandingan sama tampil menuntut perkara sama. Aishah berkata, sebagai Kak Long dalam pertandingan musim itu, dia menganggap tindakannya sebagai pembuka jalan kepada orang lain.
Aishah yang popular menerusi lagu 'Janji Manismu' itu tidak mahu memaksa finalis GV4 lain untuk membuat tindakan sama: "Ketika di GV4 dulu, mereka panggil saya Kak Long. Tidak apa, biar Kak Long buka jalan dulu supaya adik dan teman artis sedar yang kita semua ada hak dan undang-undang pun boleh melindungi hak kita.
"Biarlah saya 'luka' dihentam untuk bawa perkara ini ke pengadilan, asal saja pada masa akan datang orang takkan berani dan senang-senang janjikan bulan dan bintang pada anak seni tapi akhirnya? Kalau yang lain berasakan mereka juga tertipu, maka silakanlah sebab kes sebelum ini sudah terbukti. Semoga kebenaran selalu ditegakkan. Saya tidak boleh nak cakap bagi pihak mereka.
Klik untuk gambar besar
"Lebih baik tanya mereka sendiri. Dalam perjuangan macam ini, tak ada paksaan. Saya hanya boleh buat apa yang dalam bidang kuasa saya saja. Tapi, macam dikatakan, saya sudah buka jalan untuk mereka. Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing untuk buat keputusan apa langkah mereka seterusnya," ujarnya.
Dalam pada itu, Aishah berkata, dia sudah mendapat barangan kemas bernilai RM80,000, kelmarin melalui peguamnya. Kelmarin, Firman mendakwa mulai meragui ketulenan barangan kemas dimenanginya selepas menonton berita mengenai tuntutan dibuat Aishah tahun lalu.
Menurut Firman yang popular menerusi lagu Kehilangan, hatinya kuat mengatakan subang berlian itu adalah palsu selepas mendapat tahu Aishah berjaya mendapat ganti rugi daripada tuntutan dibuat. Sementara itu, Vida dalam kenyataannya malam semalam menafikan dakwaan Firman.
Vida berkata, subang berlian RM30,000 yang diterima Firman adalah berlian gred cuma bukan berlian asli seperti yang Aishah pilih. Vida juga berharap Firman tidak terpengaruh dan terikut-ikut dengan tindakan Aishah, malah mengalu-alukan Firman pergi buat pemeriksaan sendiri di makmal untuk mendapat keputusan lebih terperinci.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Aishah & Firman Siagian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment