20 July 2019

"HANYA ALLAH TAHU... PASTI ADA HIKMAH" - MAWAR KARIM DIKUNJUNGI EBIT LEW


"Terima kasih banyak-banyak Ustaz Ebit Lew sudi datang. Banyak pengisian ilmu yang kami dapat. Hanya Allah saja maha mengetahui apa saja yang berlaku pada kita pasti ada hikmah untuk kita muhasabah diri. Betul kata ustaz apa yang berlaku kita perlu mengadu dekat Allah cerita dekat Allah, mohon dengan Allah.





"Tidak perlu cerita kepada sesiapa yang alami adalah diri kita. Kita saja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jangan lupa dekat Allah, sebab Allah sentiasa ingat kita," demikian tulis bekas isteri pelakon dan pengacara Fizo Omar iaitu usahawan tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim menerusi laman Instagram miliknya.

Kunjungan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ke kediaman Mawar menjadi ruang untuk mereka berkongsi ilmu dan muhasabah diri. Menurut Mawar, 30, setiap yang dilalui pasti ada hikmahnya dan hanya Allah menjadi tempat terbaik untuk dia mengadu.

Klik untuk gambar besar


Pada Jummat, pendakwah bebas itu mengadakan sesi tazkirah di kediaman keluarga Mawar dan disiarkan secara langsung di Facebook Ebit Lew. Pada majlis yang turut dihadiri ahli keluarga Mawar dan beberapa pekerjanya itu. Ebit berkongsi mengenai ujian dan cara mendidik hati daripada terus bersangka buruk.

Dalam temubual tersebut, Mawar menganggap perceraian juga satu ujian dan menyedari turut berbuat silap dan perlu muhasabah diri: "Saya kena teruskan kehidupan dan pasti Allah itu tidak zalim dan Dia Maha Adil. Pasti ada yang terbaik untuk saya pada masa depan. Saya cuba terbaik, apa pun saya nak perbetulkan diri sendiri dan utamanya nak dekatkan diri dengan Allah.

"Saya akui saya pun ada salah sebelum ini tetapi yang penting ialah yang nak berubah adalah saya sendiri dan minta doa pada Allah saya," kata Mawar yang berkahwin dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam, 2, sebelum bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Mawar Abdul Karim & Ustaz Ebit Lew


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: