29 July 2019

DIDAKWA GAY, CEKIK, TUMBUK EX TUNANG - IG SYAFIE NASWIP 'DISERANG'


Baru-baru ini, ada laporan seorang pelakon lelaki ditahan Sabtu lalu selepas berang dikatakan menjalin hubungan sejenis dan membelasah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.





Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan datang ke rumah bekas tunangnya yang berusia 23 tahun di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, kira-kira jam 9 pagi hari kejadian.

Suspek yang bengang dengan permintaan bekas tunangnya itu telah memaksa wanita tersebut masuk ke kereta dan terus memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta turut bertindak kasar dengan mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah. Menurut Ismadi, wanita terbabit ada mengambil gambar sebagai bukti tetapi dipadam secara senyap oleh suspek yang turut mengugutnya.

Klik untuk gambar besar


"Bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus memaki wanita berkenaan menggunakan kata-kata kesat. Difahamkan pergaduhan itu berpunca daripada tindakan wanita berkenaan yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan songsang pelakon dengan kenalannya.

"Wanita terbabit ada mengambil gambar, namun dipadam oleh suspek secara senyap selain diugut oleh suspek berkenaan. Mangsa dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu sudah lama berlaku," katanya.

Suspek ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan. Suspek mengaku melakukan perbuatan terbabit dan dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad (semalam), selepas selesai diambil keterangan. Ismadi berkata, kedua-dua pelakon ini memutuskan pertunangan pada 21 Julai lalu. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.



"Hasil soal siasat dilakukan, suspek mengaku memukul mangsa. Bagaimanapun, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil. Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan," jelasnya.

Susulan dakwaan tersebut, ruangan komen di laman Instagram pelakon Syafie Naswip telah 'diserang' apabila dipenuhi komen netizen yang turut membuat spekulasi pelakon ini mempunyai kecenderungan seksual terhadap kaum sejenis.

Ia makin hangat diperkatakan berikutan beberapa portal hiburan melaporkan Syafie didakwa bertindak kasar terhadap bekas tunangnya, Aishah Azman selepas wanita ini menasihati Syafie agar menghentikan hubungan songsang dengan kenalan.

Netizen terus membanjiri ruang komen pelakon 'Songlap' ini mempersoal spekulasi yang sedang bertebaran. Pasangan ini bertunang pada 7 April lalu dan dikatakan bakal mendirikan rumah tangga, akhir tahun ini, sebelum memutuskan pertunangan mereka.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro, Media Hiburan, Instagram Syafie Naswip & Aishah Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: