29 July 2019

TAHNIAH - SHENTY FELIZIANA & SUAMI TIMANG ANAK SULUNG


"Assalamualaikum dunia, Good morning everyone! Alhamdulillah. #lilben is finally here, born on 28 July, 7.16 am at 3.5 kg. Thank you for all the overwhelming love," tulis pelakon Shenty Feliziana yang memaklumkan berita gembira dimana dirinya telah selamat melahirkan anak sulung iaitu bayi lelaki pada jam 7.16 pagi semalam.





Berita gembira itu dikongsi Shenty menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya beberapa jam lalu. Di perkongsian tersebut, Shenty turut berkongsi foto anak sulungnya itu. Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura ini meluahkan rasa syukurnya menimang cahaya mata pertama itu.

"Saya dan Reuben Elishama(suaminya) sangat bersyukur dan dirahmati, ia sukar diungkapkan dengan kata-kata," tambahnya yang berkahwin dengan Reuben yang juga seorang pelakon di Indonesia, pada sekitar bulan April tahun lalu.

Untuk makluman anda, selain bergelar pelakon, Shenty atau nama penuhnya Shenty Feliziana Sudirman ini juga pernah mengacarakan program hiburan popular terbitan Astro iaitu HLive.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shenty Feliziana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: