09 July 2019

DIKECAM KONGSI FOTO & KAPSYEN PENAT TIDURKAN ANAK - INI RESPON PU ABU


Jika sebelum ini bergurau mengenai nama anak sulungnya iaitu Muhammad Adam Aysar hasil perkahwinan dengan Ain 'Afini Latif sehingga menerima kecaman, kini bekas Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi kena kecam selepas berkongsi pengalamannya tatkala menjaga anaknya itu.





"Ayah akan cuba sedaya upaya berikan kasih sayang pada Adam sebaik mungkin seperti ayah lain memberikan kasih sayang pada anaknya. Adam takkan rasa ruang kosong dalam hidup Adam. Aku baru tidurkan dia dah rasa letih,mcm manalah umi jaga aku dulu 😔," tulisnya.

Gambar tersebut memaparkan Abu sedang memangku anaknya yang sedang tidur. Bagaimanapaun, segelintir netizen turut menyoal kapsyen yang dikongsikan pemuda berusia 25 tahun itu. Tidak hanya berdiam diri, Abu memberikan respon terhadap komen-komen tersebut.

Sebelum ini, kecoh apabila Abu bertindak menceraikan Ain atas beberapa sebab lalu mendirinya rumah tangga bersama janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa. Kemelut yang berlaku sekali gus mengandung rasa simpati netizen terhadap Ain yang diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Abu Sufyan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: