09 July 2019

SUAMI NADYA SYAHERA: "SUDAH-SUDAHLAH MAKI HAMUN SAYA... KAMI DAH BERBAIK"


Umum mengetahui mengenai isu rumah tangga pelakon Nadya Syahera yang mendakwa suaminya, Fizul Nawi menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pengasas kosmetik setelah mendapat bukti bergambar dan tidak pulang ke rumah selama sebulan. Namun, Fizul menjelaskan dia tidak pulang ke rumah sepanjang Ramadan lalu kerana sibuk menguruskan perniagaan di tiga buah negeri.





Terkini, menerusi muatnaik terbaru di laman Instagram, Fizul mendedahkan dirinya sudah berbaik dengan isteri selepas berlaku berantakan dalam rumah tangga. Menurut Fizul dia berharap semua pihak tidak lagi melemparkan kata-kata kesat terhadapnya kerana dia sudah memohon maaf dengan Nadya: "Sudah-sudah lah maki hamun saya. Kami dah berbaik semuanya okay. Saya pun dah minta maaf pun dengan isteri saya".

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fizul turut tumpang gembira dengan berita yang dikongsikan dan mendoakan kebahagiaan mereka akan berkekalan. Fizul dan Nadya berkahwin pada 25 September 2015 dan perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Fizul. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fizul Nawi & Nadya Syahera


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: