09 July 2019

ISU FOTO KAHWIN DISUNTING: BELLA DALLY TAK PUAS HATI - PRODUKSI MINTA MAAF


Tindakan syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd menyunting gambar kahwin aktres Bella Dally dengan bekas suami, aktor Nazim Othman dan digantikan dengan wajah pelakon, Emma Maembong dalam telefilem 'Silang' yang ditayangkan baru-baru ini telah mendapat kritikan daripada semua pihak termasuklah empunya badan.





Bella mengakui tidak puas hati dengan tindakan tersebut dan perkara itu diketahui Bella selepas mendapat kiriman mesej daripada beberapa kenalannya selain ia turut tular di laman sosial. Sehubungan itu, Bella menghubungi penerbit drama itu, Sheila Rusly dengan menghantar mesej di aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan pencerahan mengenai perkara itu.

"Saya mendapat banyak mesej peribadi (DM) daripada rakan, keluarga dan peminat mengenai perkara ini. Saya tahu, anda juga mempersoalkan perkara sama. Bagi saya, ia seperti tidak menghormati saya dan perlu diselesaikan. Saya tidak puas hati, jadi saya secara sendiri menghubungi Sis Sheila. Dia dan prop master meminta maaf. Saya maafkan mereka kerana kita manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi status dimuatnaik Bella, dia berharap mana-mana pihak tidak mengambil mudah perkara sebegitu dan mengambil kesempatan. Dalam masa sama, Bella turut memuatnaik paparan perbualan antara dirinya dengan Sheila Rusly. Sheila mengakui kesilapan dibuat pasukannya dan tampil memohon maaf: "Maaf, bagi pihak pasukan saya minta maaf. Saya akan minta prop master minta maaf. Kesilapan saya juga sebab tak sensitif dengan isu ini. Maaf sekali lagi".

Sementara itu, Fawwaz daripada bahagian seni telefilem arahan oleh Azman Yahaya atau Jinggo yang menampilkan Nazim Othman dan Emma Maembong selaku watak utama itu turut menghantar mesej permohonan maaf pada Bella: "Assalamualaikum, maaf ganggu. Saya Fawwaz, Art Department dari telefilem Silang JS Pictures Sdn Bhd. Saya ingin memohon maaf atas kesilapan menggunakan gambar kahwin awak untuk disunting sebagai bahan prop dalam tele itu".










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Bella Dally


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: