09 July 2019

"KALAU JODOH ALHAMDULILLAH... TAPI KALAU TAK, HARAP MOVE ON" - BELLA ASTILLAH


"Buat masa sekarang saya rasa masih terlalu singkat dan belum fikir sola jodoh. Saya hanya nak fokus pada dua benda iaitu keluarga dan cari rezeki. Insya-Allah, saya akan bawa mama dan ayah tunai Umrah pada November nanti. Hati saya betul-betul tertutup rapat untuk mana-mana lelaki buat masa ini. Nak kata serik itu tidak sebab setiap pasangan yang berumah tangga pasti akan merasai ujian yang begini.





"Saya anggap ia takdir saya. Mungkin saya kena muhasabah diri dan perbaiki kekurangan yang saya tak nampak selama ini. Kalau jodoh saya bersama Aliff, Alhamdulillah tapi kalau tidak pun saya harap masing-masing boleh move on dan bahagia kerana saya tak mahu bermusuh," demikian kata bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.

Bella yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean itu memberitahu buat masa ini pintu hatinya tertutup buat mana-mana lelaki kerana fokus utamanya kini lebih kepada keluarga dan kerjaya. Biarpun bekas suaminya sering meninggalkan komen ketika dia mengadakan sesi Live di Instagram, Bella berkata dia tidak berasa rimas mahupun terganggu.

"Saya tak rasa rimas bila Aliff sering kali tengok dan komen bila saya buat Live Instagram. Kalau dia masuk dan tinggalkan komen, Bella tak boleh 'ignored' dia. Aliff pernah beritahu saya dia dalam kemurungan dan kalau kita kecam dia ketika dia depress mungkin dia akan jadi lebih teruk. Kita kena menyokongnya biar apa pun kesalahan atau kejahatan yang mungkin dia pernah buat dulu," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, memberitahu hubungannya dengan Aliff baik-baik sahaja demi anak mereka. Kata Bella lagi, jika anaknya bertanyakan tentang Aliff, dia akan segera menghubungi bekas suaminya itu.

"Kami masih lagi saling mengikuti Instagram satu sama lain dan berhubung baik demi anak kami. Kalau Ayden tanya mana ayah dia, Bella akan cepat-cepat buat panggilan video dengan Aliff. Kalau Ayden nampak gambar Aliff, dia akan memanggil 'daddy daddy'.

"Bella memang tak cerita lagi pada Ayden tentang hubungan kami sebab dia masih kecil. Tunggu dia besar sedikit nanti baharu saya akan jelaskan situasi kami kepadanya," ujarnya yang disahkan bercerai talak satu dengan Aliff pada 16 Mei lalu setelah hampir tiga tahun berumah tangga.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, mStar, Harian Metro & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: