14 July 2019

DINI SCHATZMANN NAFI BERCINTA DENGAN JANNA NICK, SEKADAR KAWAN RAPAT


Mengenai gosip mengatakan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Janna Nick, bakat baharu kacukan Melayu-Swiss, Dini Schatzmann, 25, menjelaskan bahawa Janna ialah satu-satunya rakan baik beliau dalam industri seni tanah air.





"Kami tidak bercinta, tetapi agak rapat sebagai kawan. Jadi, Janna banyak memberikan nasihat kepada saya mengenai industri ini, tidak lebih daripada itu. Mungkin sikapnya yang mesra dan suka meninggalkan komen di Instagram saya menyebabkan gosip kami bercinta boleh timbul," katanya.

Hubungan dua selebriti berkenaan mula diperkatakan apabila bintang 'Leftenan Zana' itu gemar meninggalkan komen di laman sosial Dini sehingga sesetengah pihak berasakan kedua-duanya semakin intim. Malah, bukan sekadar hadir bersama, Dina dan Janna, 24, juga dilihat duduk bersebelahan pada sebuah acara anugerah hiburan, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


"Kami mula rapat apabila sama-sama menjayakan drama, Bukan Cinta Aku, siaran TV3. Malah, kami semakin kerap berjumpa apabila Janna menggunakan khidmat saya sebagai jurulatih peribadi," ujar Dini yang dikenali menerusi drama 'Cik Reen Encik Ngok Ngek' itu.

Ditanya mengenai percutian bersama pelakon jelita itu ke Jepun, baru-baru ini, Dini berkata, ia bukan hanya disertai mereka berdua: "Seperti dapat dilihat di laman sosial saya, kami ke sana kerana mempromosikan sebuah jenama syarikat penerbangan. Pemergian kami juga turut diiringi pihak pengurusan masing-masing," tuturnya yang berharap gosip berkenaan tidak membayangi usaha dirinya memahat nama sebagai anak seni.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Dini Schatzmann & Janna Nick


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: