14 July 2019

ERMA FATIMA: "DARI HARI PERTAMA SET, ZAREEF TANYA MACAM MANA DAPAT AWARD"


"Dari hari pertama dia dtg set dia tanya mcmana nk dpt award. Aku ckp kena berlakun bagus2 dpt one take. Setiap hari dia kumpul shot yg bole dpt one take.. sampai hari terakhir shooting dia dpt 85 shot with one take. Dia cuak sbb aku kata kena ada 100 take baru aku akn bg award tu.





"Dia memang nak sangat2 award tu TAPI aku sebak kerana dia peluk aku dulu baru ambik award tu... mana tak sayang dia.. #makcun5," tulis penerbit, pengarah dan pelakon Erma Fatima yang memuji anak kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof yang bersemangat untuk bergelar pelakon yang baik.

Berkongsi perkara tersebut dengan memuatnaik video dia memberikan penghargaan kepada kanak-kanak yang terlibat termasuklah Zareef selepas selesai penggambaran drama 'Mak Cun' musim kelima menerusi laman Instagram, Erma berkata Zareef, 9, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hadiah yang disediakan kepada pelakon kanak-kanak terbaik sepanjang penggambaran dijalankan.

Baru-baru ini, Zareef terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama 'Mak Cun' musim kelima pada hari Khamis lalu. Erma bagaimanapun memberitahu, kesemua mangsa terlibat dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Erma Fatima


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: