15 July 2019

PAK NIL UMUM 'TOM-TOM BAK' KEMBALI SETELAH SEKIAN LAMA


Menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya, Datuk Aznil Hj Nawawi telah mengumumkan rancangan kanak-kanak popular, 'Tom Tom Bak' bakal kembali bersiaran di kaca televisyen setelah direhatkan beberapa tahun. Selain mengumumkan kemunculan kembali rancangan terbabit, Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil turut memaklumkan tarikh uji bakat yang bakal diadakan.





"Mungkin ada yang remaja dan dewasa sekarang pernah menonton #TomTomBak satu ketika dahulu sebelum ia direhatkan. Kini Tom Tom Bak kembali!! Sesiapa anak dibawah 16 tahun yang petah bercakap, boleh menyanyi, miming lagu, berlakon atau ada bakat lain seperti timbang bola, jimnastik, silap mata, akrobatik, main alat muzik atau apa sahaja boleh sertai ujibakat secara online di FB atau IG. Letakkan hashtag #TomTomBakAudition sebelum 23 Julai ini!!" tulis Pak Nil sebagai kapsyen.

Terdahulu, 'Tom Tom Bak' telah ditayangkan di saluran Astro Ceria (611) bermula tahun 2007. Ia telah dikendalikan oleh Pak Nil selaku pengacara yang melayan kerenah dan menyaksikan bakat kanak-kanak dalam program aneka ragam terbabit.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aznil Hj Zawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: