"Sebenarnya saya tak sangka boleh jadi macam ini tapi tak apa saya dah maafkan mereka sebab netizen akan komen apa saja yang mereka nampak. Saya tak ada masalah dengan semua komen. Cuma pada saya, berdosa ke hina ke orang macam saya ini dah tua, tak ada rupa kahwin dengan wanita muda dan cantik?

"Jadi satu dosa ke kalau memang benar saya dijodohkan dengan wanita muda dan cantik?. Saya tak marah dan tak kecewa. Saya maafkan warganet. Cumanya, adakah orang cantik, jodohnya hanya untuk mereka yang kacak dan muda?
"Semua yang berlaku adalah atas ketentuan Allah dan kita sebagai manusia tidak boleh menolak takdir sekiranya ia berlaku," demikian kata pelakon dan pelawak Ebby Yus, 55, yang mengakui terkilan apabila ada segelintir netizen yang mengatakan dirinya tidak sesuai untuk berkahwin dengan wanita yang lebih muda.
Klik untuk gambar besar

Gara-gara tular gambar 'perkahwinan' bersama penyanyi Zizi Kirana di media sosial, ramai menyangka Ebby Yus benar-benar mendirikan rumah tangga hingga ada meninggalkan komen terkejut dan mempersoalkan pilihan Zizi berkahwin dengan Ebby.
Ebby yang masih bersama produksi JKK dan terbabit dalam beberapa penggambaran bersama produksi yang menerbitkan program di YouTube itu juga menitipkan ucapan terima kasih buat peminat yang sentiasa mendoakan supaya dia ditemukan dengan jodoh baik.
"Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih. Sebagai manusia, tentunya kita semua mahukan pengakhiran yang baik dalam hidup. Seandainya Allah sudah tetapkan bahawa penghujung hidup ada bersama wanita yang mengisi rumah tangga, saya terima," katanya.
www.myartis.com / Sumber: mStar Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment