31 July 2019

FASHA AKUI PERGI KELAS, MAHU LAKONAN 'HIDUP'


"Apabila sampai di satu peringkat usia, tahap lakonan akan berbeza terutamanya daripada segi ekspresi wajah, jadi saya perlu tambah ilmu dan skill lakonan. Saya tidak pernah lupa untuk mencari kekurangan diri sendiri selepas menonton hasil lakonan.





"Saya tak mahu sekadar buat kerja tetapi penonton tak rasa lakonan yang disampaikan sebab itu saya masih pergi kelas atau kursus lakonan walaupun dah 16 tahun berlakon," kata pelakon Fasha Sandha yang mendedahkan masih menghadiri kelas atau kursus lakonan walaupun sudah 16 tahun berada dalam bidang seni.

Menurut Fasha, setiap kali menonton hasil lakonannya dia akan mencari kekurangan diri sendiri. Tambah pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan ini, dia mengakui selepas berkahwin, rezekinya tidak pernah putus: "Syukur Alhamdulillah walaupun usia saya sudah 35 tahun tapi masih diperlukan dalam industri.

"Kalau ikutkan perancangan awal selepas kahwin memang saya nak perlahankan aktiviti seni tapi banyak dapat rezeki. Tapi apa-apa pun saya anggap ini adalah rezeki anak-anak dan rezeki selepas kahwin," katanya lagi.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: