31 July 2019

KEKASIH RAI BIRTHDAY RUHAINIES - "CEPATLAH KAHWIN, NANTI ADA SONDOL BF KAU"


Menerusi laman Instagram, pelakon Ruhainies telah berkongsikan beberapa keping gambarnya bersama kekasih, dikenali sebagai Mr. E, sempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27. Melihat foto dikongsikan, ahli perniagaan itu segak mengenakan sut biru dan Ruhainies tampil cantik mengenakan gaun putih. Memang romantis sangat pasangan tersebut lebiih-lebih apabila aksi Mr. E menyuap Ruhainies.





Diruangan komen, rata-rata peminatnya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan hari lahir pada Ruhainies. Dalam pada itu, netizen memberikan komen sindiran meminta pasangan itu segera berkahwin supaya tiada lagi cerita ada wanita lain cuba merampas kekasihnya.

Sudah hampir dua tahun menjalin hubungan cinta, Ruhainies memberitahu dirinya belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya. Sebelum ini, Ruhainies mengakui dia tidak mahu dedahkan wajah kekasih kerana bimbang dirampas.

Ruhainies turut memberitahu dia lebih selesa jika memberikan laluan terlebih dahulu kepada kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena untuk berumah tangga yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar















www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: