31 July 2019

HAFIZ HAMIDUN HARAP ORANG LUPAKAN KISAHNYA DENGAN JOY REVFA


Meskipun dirinya tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi selepas pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini, namun penyanyi Hafiz Hamidun memberitahu dia kini harus lebih berhati-hati memilih pasangan untuk berkahwin.





Bagaimanapun, Hafiz berharap orang ramai dapat melupakan episod pergolakkan rumah tangganya bersama usahawan kosmetik Joy Revfa yang hanya bertahan selama lima bulan agar mereka dapat meneruskan kehidupan masing-masing.

"Mungkin selepas ini saya akan menjadi lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Tidak bererti sebelum ini tak berhati-hati tetapi ia terjadi juga sebab ia pengalaman pertama. Jadi saya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran.

Klik untuk gambar besar


"Siapa dahulu yang jumpa jodoh, itu bukan masalah bagi saya. Kalau dia sudah bertemu jodoh baguslah, alhamdulillah. Kalau itu yang terbaik untuk dia, silakan. Sebab saya pun tak mahu dia selama-lamanya tiada jodoh.

"Berbanding dengan apa yang kita lalui, mungkin jalannya kali ini lebih mudah untuk dia. Saya cuma harap orang boleh lupakan kisah saya dan dia," kata Hafiz mengenai kegagalan perkahwinan sebelum ini.

Terdahulu, Hafiz dan Joy yang merupakan janda anak satu itu memutuskan untuk bercerai selepas kemelut mula tercetus apabila Hafiz berasa ragu-ragu dengan status Joy apabila dia gagal menyerahkan sijil penceraian perkahwinannya sebelum ini.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: