31 July 2019

SYAFIQ KYLE MOHON HORMATI PERIBADINYA, TAK DESAK KONGSI KISAH CINTA


"Apabila saya membuat keputusan membuka satu lapisan kisah peribadi kepada umum dan membuat keputusan gerangan kekasih hati, saya berharap tidak berterusan diajukan pertanyaan sama. Saya hormati pihak yang ingin mengetahui kehidupan peribadi saya. Disebabkan itu, saya berkongsi kisah hubungan saya bersama Mimi sebelum ini.





"Namun saya berharap diberikan sedikit ruang kerana seboleh mungkin, tidak mahu hal peribadi dicampuradukkan dengan kerjaya. Saya berharap, permintaan saya ini dihormati semua pihak," kata pelakon Syafiq Kyle yang memohon semua pihak menghormati kehidupan peribadinya dan meminta tidak didesak untuk terus berkongsi kisah cintanya dengan pelakon Mimi Lana.

Pelakon drama rantaian popular, 'Nur' itu berkata, biarlah dia menentukan kisah peribadinya kerana enggan ia dicampur aduk dengan kerjaya. Menurut Syafiq, dia dan Mimi mempunyai cara tersendiri untuk mencapai sesuatu terutama dalam bidang seni.

Klik untuk gambar besar


"Masing-masing ada benda yang ingin dicapai dalam hidup. Kami berdua nak berjaya dalam bidang ini jadi perlu melakukan sehabis baik untuk menjadi seseorang yang terbaik dalam hidup. Urusan cinta itu hal peribadi kami. Apa yang penting adalah untuk memastikan kerjaya kami berjalan lancar dan masih diterima peminat," ujarnya.

Bercerita perkembangan kerjaya, Syafiq berkata, dia bakal beraksi di pentas teater arahan Erma Fatima: "Saya dan Janna Nick bakal bergandingan di pentas teater pada bulan depan. Tidak sabar rasanya mahu mencuba sesuatu yang baharu, malah ia juga memberikan saya peluang memperluaskan portfolio seni. Sudah lama saya menyimpan impian untuk berlakon teater kerana ingin mencari pengalaman berbeza. Apabila Erma memberikan tawaran, saya terus terima tanpa berfikir panjang".

Ditanya mengenai tawaran berlakon filem Nur, Syafiq mengakui tidak tahu menahu mengenai jalan cerita filem terbabit namun sudah dimaklumkan mengenai perkara itu: "Jika jalan ceritanya bersesuaian dan tidak terikat dengan mana-mana komitmen, saya tiada masalah untuk menjayakannya. Namun setakat ini saya hanya dimaklumkan mengenai filem Nur bakal diterbitkan saja. Selebihnya belum ada sebarang perbincangan yang lebih mendalam".




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Syafiq Kyle & Mimi Lana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: