24 July 2019

FOTO 'KAHWIN' TULAR, DIHUJANI PERSOALAN - EBBY YUS BINGUNG, NAFI


"Sejak semalam, saya dihujani soalan sama ada sudah berkahwin atau tidak kerana ramai yang mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput. Bagaimana hendak menjemput kerana semua itu sekadar lakonan? Anak buah saya yang berada di Kuantan, Pahang turut menghubungi dan meminta saya menjelaskan perkara itu.





"Saya tidak terasa hati dengan cemuhan dan kritikan warganet, cuma sebagai manusia, siapa kita untuk mempersoal mengenai jodoh kerana ia aturan Allah. Saya bagaimanapun, sudah memaafkan mereka kerana setiap individu mempunyai hak untuk meluahkan pendapat masing-masing," demikian kat pelakon dan pelawak, Ebby Yus.

Ebby, 55, akui dirinya bingung apabila dihujani pelbagai soalan, rentetan penyebaran gambar dia bersama penyanyi Zizi Kirana mengenakan pakaian pengantin tular di media sosial. Ebby berkata ramai yang salah faham dan menyangka dia sudah berkahwin, sedangkan foto yang tersebar itu hanya lakonan.

Gara-gara foto 'perkahwinan' itu juga, Ebby dicemuh segelintir warganet kerana memilih gadis jauh lebih muda sebagai pasangan hidup. Ebby berkata, spekulasi itu tercetus apabila Ropi memuatnaik gambar 'perkahwinannya' dengan Zizi di laman sosial, sebelum ia dipanjangkan rakan yang lain: "Zizi pula turut melayan sehingga ramai yang keliru sama ada kami benar-benar berkahwin atau lakonan semata-mata".

Terdahulu, gambar Ebby dan Zizi menggayakan pakaian pengantin tular di media sosial hingga menimbulkan kekeliruan ramai, termasuk rakan artis. Mengulas mengenai perkahwinan, Ebby menjelaskan, dia pasti akan berkongsi dengan umum seandainya bertemu jodoh pada masa akan datang.

"Buat masa ini, saya belum mempunyai sesiapa yang istimewa. Tetapi, andai kata bertemu jodoh pada masa hadapan, pasti saya akan berkongsi. Saya tidak akan berahsia hingga menimbulkan persoalan pelbagai pihak. Saya memilih wanita yang sedap dipandang mata. Jika boleh, ada ilmu agama serba sedikit dan memahami saya," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Beriat Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: