24 July 2019

MOHON MAAF ISU 'THE LION KING' - NEELOFA AKUI TERLALU TERUJA, MAHU SOKONG


Sebelum ini, pelakon dan usahawan Noor Neelofa telah dikecam atas tindakannya yang merakam sedutan filem 'The Lion King' di panggung wayang dan muatnaik di InstaStory miliknya sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen dan tidak kepuasan hati pelbagai pihak di atas tindakannya itu. Malah, ramai beranggapan tindakan ikon muslimah itu sebagai kurang wajar dan contoh yang negatif kepada orang ramai.





Tidak mahu memanjangkan keadaan, pelakon drama bersiri 'Red Velvet' ini sudah pun memadamkan sedutan filem terbabit. Menerusi Twitter semalam, Neelofa menjelaskan dia tiada niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta kerana sebagai seorang selebriti dia sangat menghormati hak harta intelektual.

Menurutnya lagi, tindakannya itu adalah kerana dia teruja dan mahu berikan sokongan terhadap filem tersebut serta mahu lebih ramai rakyat Malaysia menonton filem itu. Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapannya itu dan berharap apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain sama.

Klik untuk gambar besar


"Saya mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia menontonnya. Apatah lagi cerita terbabit sesuai menjadi tontonan seisi keluarga. Saya mengharapkan umum belajar daripada kesilapan dilakukan ini supaya mereka turut berhati-hati pada masa hadapan dengan tidak mengulangi apa saya lakukan," antara petikan kata-kata Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30.

Diruangan komen kenyataannya itu, netizen berharap selepas ini Neelofa tidak lagi melakukan perkara tersebut. Bagaimanapun, segelintir netizen meminta agar pengacara program 'MeleTOP' itu dikenakan tindakan seperti individu lain sebelum ini yang pernah dikenakan tindakan undang-undang di atas kesalahan sama.

Isu dibangkitkan warganet itu menjadi besar apabila pihak pempamer iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas, turut memuat naik kenyataan dan bertanyakan ia membabitkan tayangan di pawagam mana serta menganggap tindakan itu melanggar undang-undang dan dipandang serius. Pihak pempamer juga turut membuat laporan mengenai isu ditimbulkan kepada penerbit filem Lion King iaitu Disney.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak, Harian Metro & Instagram / Twitter Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: