24 July 2019

ADIK MENANGIS DAPAT HADIAH UPAH JAGA AYAH - ACHEY BUAT NETIZEN SEBAK


Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di IG TV di akaun Instagram, bintang Muzikal Lawak Superstar (MLS), Achey telah berkongsi memori dimana dia membuat kejutan terhadap adik iparnya, Mohd Shafiey dengan memberikan hadiah motosikal idamannya. Menurut Achey, hadiah tersebut sebagai tanda terima kasih kepada Shafiey yang telah menjaga bapa mentuanya dengan penuh kasih sayang selama setahun.





"Kami adik-beradik dan orang rumah saya termasuklah adik-beradiknya semua telah bersepakat untuk menghadiahkan adik saya hadiah sempena dia menjaga ayah yang tak putus-putus selama setahun. Jadi kami kumpul-kumpul maka dapatlah sedikit wang dan kami belikan dia hadiah yang memang dia inginkan dah lama dah jadi dapat cari. Alhamdulillah," kata Achey.

Dalam pada itu, video berkenaan mengundang rasa sebak netizen apabila reaksi Shafiey yang terkejut dan mengalirkan air mata itu sungguh menyentuh perasaan. Rasa sebak netizen itu diluahkan menerusi kata-kata yang ditinggalkan diruangan komen posting tersebut.

Klik untuk gambar besar


Rata-ratanya terharu dengan tindakan ikhlas itu selain memuji sifat kekeluargaan yang ada pada diri Achey dan isterinya: "Alhamdulillah. Semoga dilimpahkan rezeki buat abang Achey sekeluarga dan adik-beradik. Adik Pie ni dah berkahwin ye. Mesti isterinya pun orang baik-baik. Menantu juga main peranan untuk jaga mak ayah kita," komen @adzlynnadnan

"Aduh... Berkaca mata ni. Tahniah adik Pie Atan," tulis @patrick_banson - "Nak menangis tengok video ni… Hubungan adik-beradik yang sangat bagus @pie_atan @acheykintangkintung," puji @marni_syamimi.

Terdahulu, bapa mentua Achey telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.20 malam pada Khamis selepas mengalami sesak nafas.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Achey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: