24 July 2019
UMRAH BERSAMA TAK TERCAPAI: "SEMPAT MANDI, CIUM... SEMUA CAKAP MA CANTIK....." - ISSEY
Janjinya bersama arwah ibu, Asiah Haron untuk mengerjakan umrah bersama tidak sempat ditunaikan, pelawak dan pengacara Issey Fazlisham yang berkongsi khabar duka tentang pemergian ibu tercintanya petang semalam itu memberitahu dia sempat bertemu ibunya yang sudah tidak sedarkan diri akibat serangan jantung pagi kelmarin.
"Tek minta maaf, tak dah bawa Ma pergi umrah hujung tahun. 3 hari Ma dalam wad sebab demam dan darah rendah. Pagi tadi dapat mesej dari anak buah katanya Ma diserang sakit jantung. Ma dan pergi. Aku sempat jumpa Ma, tapi dalam keadaan Ma dah tak sedar," tuturnya.
Issey dalam kemas kini Instastories berkongsi perjalanan akhir 'menemani' arwah ibunya sebelum dikebumikan lewat malam semalam. Malah, menerusi bingkisan akhir buat ibunya, Issey turut mengharapkan dipertemukan semula bersama arwah ibunya biarpun dalam mimpi.
Klik untuk gambar besar
"Masa aku stress, aku call Ma. Tak kira pukul berapa. Ma sentiasa ada dengan aku. Tapi tu dulu dah. Lepas ni Ma takda dah. Tadi aku sempat mandi kan Ma, tengok orang pakaikan baju baru untuk Ma. Sempat cium Ma puas puas. Aku hantar Ma pergi tempat yang Ma akan duduk sorang sorang.
"Semua orang cakap Ma cantik sangat. Ya allah. Hantar Ma kat dalam mimpi aku malam ni. Aku nak jumpa Ma. Miss u so much. Al- Fatihah Ma," tulis Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, bersama fotonya berada di sisi pusara arwah ibunya.
Kata-kata meruntun kalbu itu turut menjentik hati pengikut akaun Instagramnya yang bersimpati dengan kehilangan Issey. Selain doa dan ucapan takziah, nukilan Issey itu sedikit sebanyak menyentak kebanyakan warga maya untuk lebih menghargai insan tersayang sebelum pergi buat selama-lamanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Issey
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment