23 July 2019

"JIKA AKU PERGI DULU... PELIHARA LA MEREKA" - DOA DATUK RED BUAT ISTERI-ISTERINYA


"Ya Allah kau lindungi lah mereka sebagaimana mereka melindungi aku ya Allah. Jaga lah mereka semoga mereka terus istiqomah terhadap Mu ya Allah. Jika ditakdirkan aku pergi dulu menghadap Mu. Pelihara la mereka supaya kami bertemu di syurga Mu ya Allah...," demikian doa Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red buat kedua-dua isterinya.





Datuk Red menerusi entri yang agak sayu di akaun Instagram miliknya itu berdoa agar isteri-isterinya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi, dilindungi Allah jika ditakdirkan dia meninggal dunia terlebih dahulu. Menerusi kemas kini tersebut, Datuk Red turut memuatnaik foto isteri pertama dan isterinya yang kedua.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen turut berharap apa yang didoakan oleh Datuk Red itu dimakbulkan. Malah tak kurang juga yang memuji usahawan tersebut memiliki isteri-isteri yang cantik serta anak-anak yang comel.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datuk Red


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: