23 July 2019

TANDA PENGHARGAAN - ALIFF SYUKRI MAHU HADIAHKAN KERETA BUAT ISTERI HAMIL


Menerusi laman Instagram, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah memuatnaik sebuah video yang dia ingin membelikan kereta baru buat isterinya, Datin Seri Nur Shahida. Menurut Aliff, dia mahu menghadiahkan kereta kepada isterinya sebagai tanda penghargaan kerana kini sedang hamil anak kelima mereka dan sentiasa menjadi isteri serta ibu yang baik.





"Nak belikan kereta apa ya yang sesuai untuk wife abang? Cer beri pendapat korang. Abang nak beli.. hadiah untuk wife abang sebab mengandung baby baru, menjadi wife yang baik," tulis Aliff yang juga bergelar seorang penyanyi.

Dalam pada itu, Aliff menambah, dia percaya dengan kebaikan dan ganjaran yang akan diterima jika berbelanja untuk isteri dan ibu: "Abang percaya, bia kita memberi lebih kepada isteri dan juga ibu kita, rezeki akan lebih murah sebab tu daripada dulu kalau abang ada rezeki lebih abang akan reward wife abang dan juga mak abang".

Klik untuk gambar besar


Dalam video terbabit, Aliff menunjukkan perbualannya bersama isteri, anak serta beberapa orang pekerjanya mengenai perkara itu. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan mendoakan Aliff agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: