30 July 2019

HAEL HUSAINI: "SAYA TAK KISAH JODOH WANITA BERUSIA"


Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, 32, ketika ditanya soal jodoh memberitahu yang dia tidak kisah jika jodoh dengan seorang wanita lebih berusia dan dia juga mahu melalui fasa perkahwinan hanya sekali seumur hidupnya.





"Saya tidak kisah jika bertemu jodoh dengan wanita lebih berusia kerana apa yang penting dia memahami saya. Jika bertemu jodoh, saya mahu berkahwin sekali sahaja, bukan ada kedua, tiga mahupun empat,” katanya.

Ditanya sama ada dia cerewet dalam memilih wanita untuk dijadikan isteri, kata penyanyi yang popular dengan lagu 'Jampi' dan 'Haram' itu, seorang lelaki harus memilih pasangan yang tepat kerana dia akan menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Klik untuk gambar besar


"Buat masa ini, saya mahu fokus karier nyanyian dulu. Pada masa sama, saya juga sibuk membesarkan anak angkat yang baru berusia dua tahun," tuturnya.

Mengulas gosip cintanya dengan penyanyi Dayang Nurfaizah, 38, kata Hael, hubungannya dengan penyanyi popular itu sekadar rakan duet sahaja: "Terus-terang, saya paling selesa berduet dengan Dayang menerusi lagu sebelum ini.

"Dayang banyak mengajar selok-belok industri muzik. Sudah menjadi lumrah apabila peminat suka melihat keserasian kami menerusi lagu duet, mereka mahu menjodohkan kami. Saya mahu peminat doakan yang baik-baik buat kami," jelasnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Hael Husaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: