30 July 2019

AZHARINA DAH TAK LARAT NAK KAHWIN, TIADA KEPERLUAN KATANYA


Lain orang lain keinginannya. Begitulah halnya dengan penyanyi Azharina mengenai perkahwinan. Dia kini sudah tiada keinginan lagi ke arah itu.

"Buat masa ini tidak perlu jantan-jantan, fokus saya buat masa ini kepada anak-anak dan cari rezeki yang halal. Mereka pun tak pernah minta, tak mahu bagi saya berkahwin lagi ada. Apa pun, bagi saya jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan.





"Jadi saya tak berani untuk cakap lebih. Kadang kita cuba, tapi saya tidak mampu untuk melakukannya.

"Saya sendiri pun pernah bercerai. Saya dah laluinya jadi tidak mahu lagi sakit. Saya terlalu selesa dengan posisi ini selama 10 tahun.



"Sehinggakan pada satu tahap, saya tidak rasa ada keperluan untuk mendirian rumah tangga lagi. Tetapi itu kata kita sebab yang menantukan adalah Dia. Cuma apa yang boleh saya katakan setakat ini, saya tidak fikir untuk kahwin lagi," ujar Azharina dipetik sebagai berkata.

Mungkinkah dia trauma dengan kisah cerai selebriti masa kini yang agak tinggi, jawap Azharina ia adalah takdir...malah dia sendiri sendiripun pernah melalui fasa hitam itu.

Untuk info, perkahwinan Azharina sebelum ini tidak mempunyai anak. Bagaimanapun, dia mempunyai dua anak angkat, Rahmat Azharin Azhar Abdullah serta Redha Azharin Azhar.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: