29 July 2019

DIKATA ANAK LEBIH RAPAT PENGASUH - ZIZIE TEPIS, NAFI MAID BUAT SEMUA


Menepis andaian segelintir masyarakat bahawa anak-anak akan lebih rapat dengan pengasuh berbanding ibu sendiri sekiranya menggunakan khidmat pembantu, pelakon Zize Izette memberitahu dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kesemua anaknya biarpun mempunyai pembantu dalam membesarkan lima orang anaknya.





"Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dengan saya walaupun ada yang berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dengan pengasuh dan ada juga yang berpendapat, mereka akan ingat pengasuh ibu mereka.

"Silap sama sekali andaian mereka itu pada saya," ujarnya di Instagram yang turut berkata dia mungkin tidak melakukan kerja-kerja seperti mencuci pakaian dan membersihkan rumah, namun dia mempunyai tanggungjawab lebih berat dalam memastikan anak-anaknya membesar dengan baik.

Klik untuk gambar besar


Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Seri Bung Moktar berkata, dia mahu memberi perhatian sepenuhnya dan memberikan kasih sayang terhadap anak-anaknya: "Mungkin bukan kerja saya yang mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya.

"Sebagai ibu saya mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam mendidik dan melihat perkembangan anak-anak di depan mata saya. Bukan seperti ada yang fikir, hanya beranak tapi yang lain-lain maid yang buat, jauh sama sekali," jelasnya yang sebelum ini mengakui menggunakan khidmat lima orang pembantu rumah bagi menjaga lima orang anak termasuk dua anak angkatnya.

Pelakon 'Spa Q' itu berkahwin dengan Bung Moktar pada 2009 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aadam Zac Izette, Aaleph Zake Izzate, 1, dan Aalisa Belle Izzete yang kini berusia lima bulan. Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: