29 July 2019

"NAK HINA, HINALAH..." - AMMAR TINGGAL SIKAP BURUK, BAIKI PERKAHWINAN


"Nak hina- hinalah. Kalau mahu menilai saya daripada kesalahan yang telah saya lakukan, terpulang. Saya tidak sempurna. Setiap hari saya mencuba untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Kalau ada perempuan muarah yang cuba mendekati, ianya sekadar sentuh dan saya akan tinggalkan mereka.





"Itu sewaktu saya masih muda. Sekarang sudah tua. Saya dah tak buat perkara itu. Saya cuba untuk menjadi seorang Muslim, suami dan ayah yang lebih baik," demikianlah kata pelakon Ammar Alfian yang meluahkan rasa kesal menerusi laman Instagram miliknya.

Pelakon filem 'Paskal' itu menjelaskan tindakannya memuatnaik foto bersama isteri pada Ahad lalu dengan tujuan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Mengakui banyak melakukan kesilapan ketika usia muda, Ammar berkata, dia kini sedang berusaha untuk berubah menjadi seorang lelaki yang lebih baik dan bertanggungjawab.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Ammar berkata, dia cuba meninggalkan sikap buruknya dan ingin memperbaiki rumah tangga mereka yang sedang bermasalah itu: "Sebelum ini saya mudah marah walaupun mereka hanya memandang kepada saya. Buat peminat, saya bukanlah seorang role model yang baik dan saya menyedarinya.

"Cukup untuk anda tahu, saya sedang mencuba yang terbaik untuk memperbaiki perkahwinan ini," jelasnya yang sebelum ini berkongsi foto memeluk isterinya, Nelissa Nezam yang kini sedang hamil lapan bulan berserta kapsyen memberi gambaran mereka sudah berbaik.

Bagaimanapun, Nelissa menjelaskan dia tidak akan kembali menjalani kehidupan bersama sebagai suami-isteri seperti yang digambarkan menerusi laman Instagram suaminya itu. Isu rumah tangga mereka mula menjadi bualan hangat netizen apabila Nelissa mendedahkan perlakuan curang suaminya secara terbuka di Instagram.








www.myartis.com / Sumber: mStar, Media Hiburan & Instagram Ammar Alfian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: