05 July 2019
HANEZ SURAYA SELAMAT LAHIRKAN ANAK KEDUA, PEREMPUAN
Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Hanez Suraya, 33, yang telah selamat melahirkan anak keduanya yang merupakan perempuan secara normal dengan berat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan pada jam 9.11 pagi tadi.
Suaminya, Romie Razin Adillha Abd Rais, berkata isterinya kini dalam keadaan stabil: "Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar dan selamat. Isteri saya kini dalam keadaan stabil Dia memang wanita yang kuat".
Romie juga berkata, sehingga kini dia dan Hanez belum memutuskan nama untuk puteri kedua mereka: Belum ada ilham lagi. Pastinya kami mahu memberikan nama yang membawa maksud yang baik. Insya-Allah," kata yang mendirikan rumah tangga dengan Hanez pada 25 Mac 2015 dan kini dikurniakan dua cahaya perempuan, (sulung - Puteri Aleesya usia 3 tahun).
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Hanez Suraya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment