05 July 2019

SEBAK ALIFF AZIZ 'TEGUR' DI IG LIVE - NETIZEN PUJI BELLA WANITA TABAH


"Tak kisah lah berapa peluang sekalipun... kalau rasa kita mampu maafkan orang, kita maafkan. Tak perlu dengar cakap orang. Cuma biasalah setiap manusia ada tahap kesabaran masing-masing. Walaupun 10 kali buat hal... semuanya terpulang pada diri kita sendiri," ujar Bella Astillah dalam IG Live.





Kata-kata Bella itu bagi menjawab pertanyaan pengikut berkaitan peluang kedua kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. Bella berkata, setiap keputusan untuk memberi peluang adalah mengikut kemampuannya sendiri tanpa desakan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan pengikut Instagram berkaitan peluang kedua kepada Aliff, Bella berkata, setiap keputusan untuk memberi peluang adalah mengikut kemampuannya sendiri tanpa desakan mana-mana pihak. Sikap Bella itu mendapat pujian ramai netizen yang mengagumi ketabahan serta sifat sabar wanita itu.

Reaksi tenang Bella ketika menjawab dan melayan pertanyaan bekas suaminya ketika membuat siaran langsung di Instagram telah mencuri perhatian netizen. Tindakan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, membalas beberapa soalan daripada bekas suaminya menggambarkan seolah-olah tiada dendam antara mereka.

Klik untuk gambar besar


Biarpun selama ini kelihatan tabah di depan kamera, namun Bella tidak mampu lagi menahan sebak apabila Aliff menegurnya ketika membuat live bersama peminat. Menerusi rakaman yang dikongsikan di Twitter, Aliff tampil menyertai live tersebut dan memberikan salam kepada Bella. Salam tersebut dijawab baik oleh Bella sambil bertanyakan khabar berita Aliff dan meminta peminatnya menyapa bapa kepada anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun itu.

Pun begitu pertanyaan berikutnya ternyata mengundang sebak apabila Aliff bertanyakan kepada Bella jika beliau mempercayai keajaiban. Dengan raut wajah yang sedih, Bella menjawab beliau yakin akan ada keajaiban. Ternyata perbualan diantara mereka mencuri perhatian ramai apabila netizen turut berasa sedih dan simpati terhadap dugaan yang menimpa pasangan itu. Ramai juga memuji Bella yang kelihatan kuat menghadapi situasi itu.



Aliff yang berkahwin dengan Bella berkahwin pada 9 September 2016 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei lalu itu bertanyakan kepada Bella mengenai lagu kegemarannya ketika ini. Aliff yang sebelum ini pernah beberapa kali kantoi curang sehingga Bella akhirnya nekad meneruskan kehidupan bersama anak mereka tanpanya itu berkata, dia sedang meminati lagu 'Hanya Rindu' nyanyian Andmesh Kamalang.

Selain kata-kata semangat, netizen turut mendoakan agar Aliff akan berubah sikap menjadi insan yang lebih baik agar mereka dapat dijodohkan kembali menjadi suami isteri yang sah. Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Aliff yang disangka hanya mahu meraih perhatian dan berusaha mencuri hati Bella semula.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Rotikaya, Beautifulnara, Oh Bulan, Bella Astillah & Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: