24 July 2019

ISTERI DEDAH SIAPA NGORAT SIAPA : "DELETE, JANGAN MALUKAN SUAMI" - ALIFF SYUKRI


"Lelaki ni bila dah kahwin suka tak mengaku dia yang suka kat kita.. semuanya kita lah yang mengorat dia..... Ni bukti Aliff Syukri yang mengorat saya sebab saya nampak gambar ni dalam bilik dia, waktu tu kita orang kawan-kawan je 😅😅...





"Dah terbukti siapa yang mengorat siapa!! Jangan tak mengaku... Admire dalam diam nampak 🤣🤣🤣," demikian tulis isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datin Seri Nur Shahida yang mendedahkan kisah percintaannya bersama suami, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagramnya.

Menurut Shahida, hubungan mereka bermula dari Aliff tetapi ia dinafikan oleh suaminya. Bagaimanapun, penafian itu terbongkar selepas Shahida menjumpai foto mereka di dalam bilik Aliff ketika mereka masih berkawan.

Klik untuk gambar besar


Foto tersebut menarik perhatian Aliff untuk meninggalkan komen: "Minta tolong delete jangan memalukan suami sendiri please please," tulis Aliff yang juga bergelar penyanyi.

Rata-rata pengikut pasangan ini berpendapat Aliff dan Shahida ditakdirkan bersama kerana mempunyai wajah muka yang hampir sama. Malah terdapat peminat juga mendoakan kebahagiaan keluarga ini.

Untuk makluman, Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datin Seri Nur Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: