24 July 2019

DISERANG ASMA - LUFYA OMAR MASUK HOSPITAL, AKUI LETIH KERJA


Awal pagi ini, pelakon Lufya Omar telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas diserang penyakit asma. Menurut Lufya dia akui berasa letih dengan lambakan tuntutan kerja yang perlu diselesaikannya: "Salam semua. Fya kat hospital kena asthma attack tetiba after so long tak kena.





"Maybe I'm too tired of working banyak rezeki datang (alhamdulillah) dalam satu masa so nak taknak kenalah ambil peluang ini demi masa depan diri dan anak kesayangan dan laksanakan sebaik mungkin. Semangat tinggi tapi mungkin tak cukup tidur dan rehat sampai flat macam ni," tulisnya.

Tambah Lufya, dia menegaskan perkongsian ini bukan untuk meminta simpati daripada semua pihak: "Anyway fya bukan nak mintak simpati tapi kalau ada kerja yang tertunda, postage jamu Jiddah Haura lambat sampai, or IG review tak sempat siap on time.

"Harap dimaafkan dan diberi masa. Mohon maaf. Doakan Fya cepat sembuh ya. Thank you," tulis Lufya yang menerima komen dimana rata-rata rakan artis dan peminat Lufya mendoakan agar dia segera sembuh selepas mendapat rawatan di hospital.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Lufya Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: